Saturday 28 April 2012

TIPS MEMBELI " LAPTOP "






Assalamualaikum...kali ni kita berjumpa lagi..hihihi.nak kongsi tips membeli laptop.Pengalaman saya sendiri,saya beli laptop ni kat kedai agak ramai orang beli la..nama tempat tu biarlah rahsia..cewah cam tajuk lagu nyanyian Datuk SitiNurhaliza je.hahahha.nak cakap menyesal tak guna dah.Banyak kali dah saya format laptop saya..Penat asyik ulang alik pergi betulkan tambah dengan duit pun ikut melayang jugak.Saya ni kalau pasal IT memang lemah..Saya mula pakai pun bila masuk UKM..kesian kan..waaaaaaaaaaa :(.kumpul duit dapatlah sebuah laptop jenama ASUS..Anggaran kos pun tak banyak..apa lagi beli ikut kemampuan..masa yang sama main beli je..Item atau ciri-ciri laptop tu bukan saya tengok sangat..akibatnya..nilah yang saya tanggung sekarang..Nasib ada lagi  1 tahun "warranty"..kalau dah teruk sangat memang kena hantar lagi la.hahhaha.Saya belajar macam-macam..RAM,Hardware,Processors dan banyak lagi.Ilmu baru saya bila orang tu ajar macam mana nak buat kalau ada lagi masalah.....:)
Ni yang saya dapat...Antaranya :

1.Penggunaan

Tanya kepada diri anda "laptop yang aku nak beli tu untuk apa? main game ke? untuk buat kerja ke? untuk main internet ke?"

Katakan, anda hanya guna laptop untuk kegunaan menaip, lihat movie atau guna program yang mudah, cukup dengan beli laptop yang ada spesifikasi biasa. Lainlah, jika anda gunakannya untuk edit grafik, animasi 3D atau seumpamanya, anda perlukan laptop yang power

2.Spesifikasi

Aspek ini adalah yang paling penting untuk memilih sesebuah laptop.Jika anda seorang gamerz,pilih laptop/komputer yang mempunyai spek grafik yang power,Prosessor berkapasiti tinggi,RAM yang berkapasiti besar dan cooling yang baik.

Sekadar Contoh:-

Intel Core 2 Duo 2.6Ghz - Prosessor
NVidia Geforce GTX 295 - Kad Grafik
Kingston HyperX 4GB - RAM

Buat perbandingan dahulu dengan meminta brosur/flyers spesifikasi laptop/komputer yang anda hendak beli.Buat research sedikit.

3.Saiz

Yang ni terpulang kepada anda. Saiz yang baik biasanya 14-15”. Jika saiz makin kecil, biasanya performance akan kurang. Ini disebabkan saiz yang kecil, biasanya processor guna low voltage. Secara umumnya laptop memang portable, tapi jika ianya berat, tentu menyusahkan anda untuk mengangkutnya ke mana2 saja. Namun, laptop yang bersaiz kecil ada kelebihannya, bateri laptop bersaiz kecil biasanya lebih tahan lama. Jadi, jika anda seorang traveller, ciri ini mungkin menjadi pilihan anda

4.Tempoh Penggunaan

Katakan anda selalu on laptop 24 jam, anda perlukan laptop yang tahan lasak.Jadi, cari yang sedikit mahal atau branded (seperti HP atau Compaq). Untuk pengetahuan anda, laptop tak boleh dibuka selama mana yang anda suka. Ia perlu direhatkan setelah 4 ke 5 jam dibuka jika mahu tahan lama.

5.Budget/Harga

Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

Harga laptop yang anda mahu beli mesti berpadanan dengan spesifikasi,rupa paras dan jenama.Mana boleh dapat laptop HP Pavillion atau Compaq Presario Series dengan harga RM1400.Kalau dapat,bagitahu saya.saya akan memborong laptop tersebut...hehehe




SUMBER : http://tech-sksundar.blogspot.com/2010/01/tips-membeli-laptop.html

No comments:

Post a Comment