Tuesday 29 May 2012

SAAT-SAAT AKHIR

"Final exam" semakin dekat.hahaha.sudah bersediakah aq?? mesti kene siap semuanya lah.huhu.
biasalah kan saat akhir ini.banyak kerja nak perlu diselesaikan.Baru boleh tarik nafas lega..fuuhhhh :P
Minggu lepas, dah selesai ujian untuk SISPA dan kene wat pembentangan video korporat pulak tu..Dari situ,saya dah mula belajar cara-cara untuk menghasilkan video korporat walaupun pada zahirnya xlah sehebat platun lain..Yang paling penting adalah untuk menghadapi peperiksaan akhir ni..Semoga Allah permudahkan segala urusanku..InsyaAllah,amin :) Belajar kenalah pandai mengurus masa dan jaga kesihatan diri..
SIFAT SAHABAT SEJATI



12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah ♥
Semoga apa yang dikongsikan sekit-sedikit dapat berkongsi ilmu,, sabda nabi..sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat

Thursday 17 May 2012

TEKNOLOGI GADGET TERBARU: KACAMATA PINTAR DENGAN FUNGSI SMARTPHONE






Gambar ilustrasi diambil dari gambar Kacamata Oakley Thumps


      Kaca mata pintar(smart glasses) merupakan gadget terbaru Google ini diberi nama Google Goggles.
Goggles yang bererti kacamata pelindung  berfungsi untuk melindungi daerah sekitar mata untuk mencegah air dan bahan kimia masuk ke dalam mata.Ia memiliki ukuran yang lebih besar dari ukuran kacamata yang pada umumnya dan sekilas pandang seperti kacamata renang.
     Google Goggles akan dilengkapi dengan teknologi sensor gerak,teknologi kamera dengan adanya kamera yang menghadap ke depan dan akan dilengkapi dengan teknologi pemetaan GPS.Untuk menggunakannya,manfaatkan fungsi kepala dengan cara memiringkannya sesuai petunjuk.Pakar teknologi mengatakan bahawa teknologi gadget ini akan membawa prospek positif untuk teknologi masa depan kerana ia memiliki perhubungan internet melalui jaringan 4G dan hadirnaya sistem Android di mana banyak digunakan oleh smartphone atau posel pintar dan tablet PC.
     Kacamata pintar ini juga mampu untuk membuat panggilan telefon seperti smartphone keran telah dibekalkan mikrofon internet.Untuk mengaktifkan internet,anda hanya perlu melambaikan kepala untuk mengaktifkan layar.

     







Sunday 13 May 2012

BARU KU TAHU :)




AIR MASAK ADALAH PILIHAN UTAMA..........

  kenapa AIR MASAK??
-air masak akan memelihara kesihatan tubuh
-melancarkan sistem metabolisme tubuh
-membantu mengurangkan berat badan kita

4 waktu terbaik MINUM AIR MASAK..

1)SEBELUM TIDUR
-minumlah segelas air masak.
-Ia bertujuan mengelakkan serangan jantung dan strok.

2)BANGUN TIDUR
-2 gelas air masak
-Ia bertujuan bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

3)SEBELUM MANDI
-Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

4)SEBELUM MAKAN
-30 minit sebelum makan
-dapat membantu sistem penghadaman.

JADI JANGAN LUPA AMALKAN EA..:)

Saturday 28 April 2012

TIPS MEMBELI " LAPTOP "






Assalamualaikum...kali ni kita berjumpa lagi..hihihi.nak kongsi tips membeli laptop.Pengalaman saya sendiri,saya beli laptop ni kat kedai agak ramai orang beli la..nama tempat tu biarlah rahsia..cewah cam tajuk lagu nyanyian Datuk SitiNurhaliza je.hahahha.nak cakap menyesal tak guna dah.Banyak kali dah saya format laptop saya..Penat asyik ulang alik pergi betulkan tambah dengan duit pun ikut melayang jugak.Saya ni kalau pasal IT memang lemah..Saya mula pakai pun bila masuk UKM..kesian kan..waaaaaaaaaaa :(.kumpul duit dapatlah sebuah laptop jenama ASUS..Anggaran kos pun tak banyak..apa lagi beli ikut kemampuan..masa yang sama main beli je..Item atau ciri-ciri laptop tu bukan saya tengok sangat..akibatnya..nilah yang saya tanggung sekarang..Nasib ada lagi  1 tahun "warranty"..kalau dah teruk sangat memang kena hantar lagi la.hahhaha.Saya belajar macam-macam..RAM,Hardware,Processors dan banyak lagi.Ilmu baru saya bila orang tu ajar macam mana nak buat kalau ada lagi masalah.....:)
Ni yang saya dapat...Antaranya :

1.Penggunaan

Tanya kepada diri anda "laptop yang aku nak beli tu untuk apa? main game ke? untuk buat kerja ke? untuk main internet ke?"

Katakan, anda hanya guna laptop untuk kegunaan menaip, lihat movie atau guna program yang mudah, cukup dengan beli laptop yang ada spesifikasi biasa. Lainlah, jika anda gunakannya untuk edit grafik, animasi 3D atau seumpamanya, anda perlukan laptop yang power

2.Spesifikasi

Aspek ini adalah yang paling penting untuk memilih sesebuah laptop.Jika anda seorang gamerz,pilih laptop/komputer yang mempunyai spek grafik yang power,Prosessor berkapasiti tinggi,RAM yang berkapasiti besar dan cooling yang baik.

Sekadar Contoh:-

Intel Core 2 Duo 2.6Ghz - Prosessor
NVidia Geforce GTX 295 - Kad Grafik
Kingston HyperX 4GB - RAM

Buat perbandingan dahulu dengan meminta brosur/flyers spesifikasi laptop/komputer yang anda hendak beli.Buat research sedikit.

3.Saiz

Yang ni terpulang kepada anda. Saiz yang baik biasanya 14-15”. Jika saiz makin kecil, biasanya performance akan kurang. Ini disebabkan saiz yang kecil, biasanya processor guna low voltage. Secara umumnya laptop memang portable, tapi jika ianya berat, tentu menyusahkan anda untuk mengangkutnya ke mana2 saja. Namun, laptop yang bersaiz kecil ada kelebihannya, bateri laptop bersaiz kecil biasanya lebih tahan lama. Jadi, jika anda seorang traveller, ciri ini mungkin menjadi pilihan anda

4.Tempoh Penggunaan

Katakan anda selalu on laptop 24 jam, anda perlukan laptop yang tahan lasak.Jadi, cari yang sedikit mahal atau branded (seperti HP atau Compaq). Untuk pengetahuan anda, laptop tak boleh dibuka selama mana yang anda suka. Ia perlu direhatkan setelah 4 ke 5 jam dibuka jika mahu tahan lama.

5.Budget/Harga

Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

Harga laptop yang anda mahu beli mesti berpadanan dengan spesifikasi,rupa paras dan jenama.Mana boleh dapat laptop HP Pavillion atau Compaq Presario Series dengan harga RM1400.Kalau dapat,bagitahu saya.saya akan memborong laptop tersebut...hehehe




SUMBER : http://tech-sksundar.blogspot.com/2010/01/tips-membeli-laptop.html

Sunday 22 April 2012

PERKONGSIAN ILMU

                                                   

ALLAH MAHA KAYA ! TIPS KESIHATAN 


Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri. 

Gamba diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kitai berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."





assalamualaikum pembuka bicara.


                                                             




Minggu peperiksaan dah datang..2 paper da lepas..Statistik pulak menanti.huhu..maaf sejak beberapa hari mendiamkan diri..tak update blog lak.hehehe.ni sebab laptop wat hal..apa pon tak bole...:(