Tuesday 29 May 2012

SAAT-SAAT AKHIR

"Final exam" semakin dekat.hahaha.sudah bersediakah aq?? mesti kene siap semuanya lah.huhu.
biasalah kan saat akhir ini.banyak kerja nak perlu diselesaikan.Baru boleh tarik nafas lega..fuuhhhh :P
Minggu lepas, dah selesai ujian untuk SISPA dan kene wat pembentangan video korporat pulak tu..Dari situ,saya dah mula belajar cara-cara untuk menghasilkan video korporat walaupun pada zahirnya xlah sehebat platun lain..Yang paling penting adalah untuk menghadapi peperiksaan akhir ni..Semoga Allah permudahkan segala urusanku..InsyaAllah,amin :) Belajar kenalah pandai mengurus masa dan jaga kesihatan diri..
SIFAT SAHABAT SEJATI



12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah ♥
Semoga apa yang dikongsikan sekit-sedikit dapat berkongsi ilmu,, sabda nabi..sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat

Thursday 17 May 2012

TEKNOLOGI GADGET TERBARU: KACAMATA PINTAR DENGAN FUNGSI SMARTPHONE






Gambar ilustrasi diambil dari gambar Kacamata Oakley Thumps


      Kaca mata pintar(smart glasses) merupakan gadget terbaru Google ini diberi nama Google Goggles.
Goggles yang bererti kacamata pelindung  berfungsi untuk melindungi daerah sekitar mata untuk mencegah air dan bahan kimia masuk ke dalam mata.Ia memiliki ukuran yang lebih besar dari ukuran kacamata yang pada umumnya dan sekilas pandang seperti kacamata renang.
     Google Goggles akan dilengkapi dengan teknologi sensor gerak,teknologi kamera dengan adanya kamera yang menghadap ke depan dan akan dilengkapi dengan teknologi pemetaan GPS.Untuk menggunakannya,manfaatkan fungsi kepala dengan cara memiringkannya sesuai petunjuk.Pakar teknologi mengatakan bahawa teknologi gadget ini akan membawa prospek positif untuk teknologi masa depan kerana ia memiliki perhubungan internet melalui jaringan 4G dan hadirnaya sistem Android di mana banyak digunakan oleh smartphone atau posel pintar dan tablet PC.
     Kacamata pintar ini juga mampu untuk membuat panggilan telefon seperti smartphone keran telah dibekalkan mikrofon internet.Untuk mengaktifkan internet,anda hanya perlu melambaikan kepala untuk mengaktifkan layar.

     







Sunday 13 May 2012

BARU KU TAHU :)




AIR MASAK ADALAH PILIHAN UTAMA..........

  kenapa AIR MASAK??
-air masak akan memelihara kesihatan tubuh
-melancarkan sistem metabolisme tubuh
-membantu mengurangkan berat badan kita

4 waktu terbaik MINUM AIR MASAK..

1)SEBELUM TIDUR
-minumlah segelas air masak.
-Ia bertujuan mengelakkan serangan jantung dan strok.

2)BANGUN TIDUR
-2 gelas air masak
-Ia bertujuan bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

3)SEBELUM MANDI
-Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

4)SEBELUM MAKAN
-30 minit sebelum makan
-dapat membantu sistem penghadaman.

JADI JANGAN LUPA AMALKAN EA..:)

Saturday 28 April 2012

TIPS MEMBELI " LAPTOP "






Assalamualaikum...kali ni kita berjumpa lagi..hihihi.nak kongsi tips membeli laptop.Pengalaman saya sendiri,saya beli laptop ni kat kedai agak ramai orang beli la..nama tempat tu biarlah rahsia..cewah cam tajuk lagu nyanyian Datuk SitiNurhaliza je.hahahha.nak cakap menyesal tak guna dah.Banyak kali dah saya format laptop saya..Penat asyik ulang alik pergi betulkan tambah dengan duit pun ikut melayang jugak.Saya ni kalau pasal IT memang lemah..Saya mula pakai pun bila masuk UKM..kesian kan..waaaaaaaaaaa :(.kumpul duit dapatlah sebuah laptop jenama ASUS..Anggaran kos pun tak banyak..apa lagi beli ikut kemampuan..masa yang sama main beli je..Item atau ciri-ciri laptop tu bukan saya tengok sangat..akibatnya..nilah yang saya tanggung sekarang..Nasib ada lagi  1 tahun "warranty"..kalau dah teruk sangat memang kena hantar lagi la.hahhaha.Saya belajar macam-macam..RAM,Hardware,Processors dan banyak lagi.Ilmu baru saya bila orang tu ajar macam mana nak buat kalau ada lagi masalah.....:)
Ni yang saya dapat...Antaranya :

1.Penggunaan

Tanya kepada diri anda "laptop yang aku nak beli tu untuk apa? main game ke? untuk buat kerja ke? untuk main internet ke?"

Katakan, anda hanya guna laptop untuk kegunaan menaip, lihat movie atau guna program yang mudah, cukup dengan beli laptop yang ada spesifikasi biasa. Lainlah, jika anda gunakannya untuk edit grafik, animasi 3D atau seumpamanya, anda perlukan laptop yang power

2.Spesifikasi

Aspek ini adalah yang paling penting untuk memilih sesebuah laptop.Jika anda seorang gamerz,pilih laptop/komputer yang mempunyai spek grafik yang power,Prosessor berkapasiti tinggi,RAM yang berkapasiti besar dan cooling yang baik.

Sekadar Contoh:-

Intel Core 2 Duo 2.6Ghz - Prosessor
NVidia Geforce GTX 295 - Kad Grafik
Kingston HyperX 4GB - RAM

Buat perbandingan dahulu dengan meminta brosur/flyers spesifikasi laptop/komputer yang anda hendak beli.Buat research sedikit.

3.Saiz

Yang ni terpulang kepada anda. Saiz yang baik biasanya 14-15”. Jika saiz makin kecil, biasanya performance akan kurang. Ini disebabkan saiz yang kecil, biasanya processor guna low voltage. Secara umumnya laptop memang portable, tapi jika ianya berat, tentu menyusahkan anda untuk mengangkutnya ke mana2 saja. Namun, laptop yang bersaiz kecil ada kelebihannya, bateri laptop bersaiz kecil biasanya lebih tahan lama. Jadi, jika anda seorang traveller, ciri ini mungkin menjadi pilihan anda

4.Tempoh Penggunaan

Katakan anda selalu on laptop 24 jam, anda perlukan laptop yang tahan lasak.Jadi, cari yang sedikit mahal atau branded (seperti HP atau Compaq). Untuk pengetahuan anda, laptop tak boleh dibuka selama mana yang anda suka. Ia perlu direhatkan setelah 4 ke 5 jam dibuka jika mahu tahan lama.

5.Budget/Harga

Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

Harga laptop yang anda mahu beli mesti berpadanan dengan spesifikasi,rupa paras dan jenama.Mana boleh dapat laptop HP Pavillion atau Compaq Presario Series dengan harga RM1400.Kalau dapat,bagitahu saya.saya akan memborong laptop tersebut...hehehe




SUMBER : http://tech-sksundar.blogspot.com/2010/01/tips-membeli-laptop.html

Sunday 22 April 2012

PERKONGSIAN ILMU

                                                   

ALLAH MAHA KAYA ! TIPS KESIHATAN 


Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri. 

Gamba diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kitai berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."





assalamualaikum pembuka bicara.


                                                             




Minggu peperiksaan dah datang..2 paper da lepas..Statistik pulak menanti.huhu..maaf sejak beberapa hari mendiamkan diri..tak update blog lak.hehehe.ni sebab laptop wat hal..apa pon tak bole...:(

Monday 16 April 2012

 JOM AMALKAN BERSAMA.....




APA YANG KITA FIKIR KETIKA MENGAMBIL WUDUK?


DARI KITA BERDIAM KOSONG, NIATLAHDENGAN YANG BAIKBAIK...


1. Ketika berkumur,berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosamulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuhmuka, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, putihkanlah>mukaku di akhiratkelak, Janganlah Kauhitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuhtangan kanan, berniatlahkamu dengan,"Ya Allah, berikanlahhisab-hisab ku di tangankanan ku ini".
4. Ketika membasuhtangan kiri, berniatlahkamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kauberikan hisab-hisab ku ditangan kiri ku ini"
5. Ketika membasuhkepala, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, lindunglahdaku dari terik mataharidi padang Masyar denganArasy Mu".
6. Ketika membasuhtelinga, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, ampunilah dosatelinga ku ini"
7. Ketika membasuh kakikanan, berniatlah kamudengan."Ya Allah,permudahkanlah akumelintasi titian SiratulMustaqqim".
8. Ketika membasuh kakikiri, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, bawakanlahdaku pergi ke masjid-masjid, surau-surau danbukan tempat-tempatmaksiat".


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..WALlAHUALAM....

Friday 13 April 2012

SEGALANYA TENTANG TEKNOLOGI


Saya ada baca keratan berita myMetro secara online..ni yang saya dapat..

klik di sini : http://www.hmetro.com.my/articles/Tabletgantibukuteks/Article

Patut ke tak ea kawan-kawan? hahaha..macam-macam sekarang ni." TABLET GANTI BUKU TEKS "
Kalau buku teks hilang bolehlah diganti .nak beli pun mampu lagi kan..kalau tablet yang hilang..tak ke takut.huhu..kena jaga macam jaga nyawa sendiri..Adakah skim pinjaman buku teks diguna pakai lagi..Wallahualam...Sekiranya..dipersetujui..saya nak tau gak macam mana para pelajar menggunakannya.. :)


jom kenali komputer






Cashing
-sebuah komponen komputer yang berfungsi sebagai tempat kita meletakkan atau menempelkan motherboard, power supply, optical disc drive, hard disk, dan lain sebagainya. Casing komputer ini dibedakan berdasarkan ukurannya yang sering disebut juga sebagai form factor (seperti ATX dan Micro ATX) dimana form factor ini mengacu kepada form factor motherboard yang didukungnya.


Monitor
-komponen komputer yang berfungsi untuk menampilkan gambar yang di-output dari video card. Monitor komputer yang banyak tersedia di pasaran saat ini adalah monitor CRT (monitor tabung) dan monitor LCD, namun saat ini kebanyakan orang-orang lebih memilih menggunakan monitor LCD (terutama di kantor-kantor) karena monitor LCD ini selain tampilannya lebih modern, juga memiliki kelebihan lainnya yaitu hemat space dan hemat listrik.


Keyboard
-sebuah komponen komputer inputan yang berfungsi sebagai alat untuk mengetikkan sesuatu. Selain keyboard standard, keyboard komputer saat ini memiliki model bermacam-macam, seperti keyboard mini, keyboard fleksibel yang bisa dilipat, keyboard wireless yang menggunakan bluetooth, dan lain sebagainya.


Mouse
-komponen komputer inputan yang berfungsi untuk menggerakan cursor di layar monitor kita dan untuk meng-klik sesuatu seperti tombol-tombol di sebuah program aplikasi. Mouse juga bermacam-macam modelnya, ada mouse standard, mouse untuk keperluan gaming, mouse wireless yang menggunakan bluetooth, dan lain sebagainya.


Hardisk 
-komponen komputer tempat kita menyimpan data. Semakin besar kapasitas hard disk yang kita miliki di komputer kita maka semakin banyak juga data yang bisa kita simpan di komputer kita tersebut. Sebelum membeli hard disk kalian harus mencari tahu terlebih dahulu interface hard disk apa yang dimiliki oleh motherboard kalian, apakah IDE, SCSI, SATA, atau lain sebagainya.


RAM
-RAM adalah singkatan dari Random Access Memory, yaitu sebuah komponen komputer yang berfungsi untuk menyimpan data sementara dari suatu program yang sedang kita jalankan dan data-data tersebut bisa diakses secara acak atau random. Sebelum membeli sebuah RAM kalian harus mencari tahu terlebih dahulu slot RAM apa yang dimiliki oleh motherboard kalian, apakah SDRAM, DDR, DDR2, DDR3 atau lain sebagainya.




Sumber :  http://khairul-annas.blogspot.com/2011/04/jenis-jenis-komponen-komputer-dan.html

Tuesday 3 April 2012

INFO MENARIK....


Nak kongsi gambar ni.Tersentap saya selepas melihatnya..Luluh hati ni.....:(
Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni???
binatang pun pandai sayang anaknya..Mengapa perlu ada sikap kejam ni dalam dunia? Saya tak boleh tengok benda ni.tapi saya na kongsi dengan kawan-kawan..Apa dosa bayi yang tak berdosa ni?Mereka tak fikir langsung kalau jadi pada mereka dulu..Memang tak berkesempatan nak lihat dunia kan? Allah Maha Mengetahui.Sampai masanya..mereka akan kena juga.Allah Maha Adil kan kawan-kawan..Sama-samalah kita berdoa agar mereka bertaubat dan berhenti melakukannya.Sematkanlah dalam hati kerana ia selemah-lemah iman jika tak mampu menegur dengan perbuatan dan perkataan..............
 VIRUS KOMPUTER




Apa Itu Virus Komputer
Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.

Jenis-Jenis Virus

BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.
video presentation


Gelak je..hahahaha





Friday 30 March 2012

KENANGAN TERINDAH





                                                  SISPA UKM! HUUUSSSSSSHHHH...

Pada tanggal 15 Mac - 17 Mac,SISPA UKM telah pergi ke Dataran Paloh,Kluang,Johor..Kami dijemput untuk membuat persembahan sempena ulangtahun JPAM di sana.Saya sendiri berasa teruja untuk melakukannya.persembahan kami dinamakan " TARIAN PERANG " atau dikenali sebagai "TARIAN SEMANGAT ".Pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah apabila kami celoreng muka sesama sendiri untuk nampak lebih ganas..Ramai anggota JPAM dan para pengunjung melihat kami..hehe.Jadi popular sekejap..hahaha.sana sini ambil gambar kami.Saya juga ingin kongsikan di sini..SISPA UKM juga telah mengisi slot Berita TV3 diakhir penyiarannya..Masok TV dan YouTube jugak..hahahaha..Gambar ini diambil lepas kami buat persembahan..

Sunday 18 March 2012

KAMERA DIGITAL


Cantik kan kamera ni?hihi.Saya suka sangat jenama Canon ni..tak tahulah apa sebabnya...Jadi saya cari maklumat dalam internet pasal kamera jenama Canon ni..Satu kelebihannya,ia dilengkapi dengan fungsi merakam video yang memang susah kalau kita nak cari dalam kamera SLR yang hanya sebahagian sahaja ada fungsi tu..

Keterangan lanjut..jom tengok..http://azizie.com/photography/kamera-digital-terbaik-2010

Wednesday 14 March 2012

Teknologi WiFi


Kenali Teknologi Wi-Fi

Wi-Fi semakin popular dan menjadi satu perkataan yang melekat pada bibir pengguna IT masa kini. Namun tahukah anda apa itu Wi-Fi ? Kali ini anda boleh mengetahui apa itu Wi-Fi secara ringkas.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-Fl ?
Wi-Fi merupakan kependekan kepada Wireless Fidelity di mana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA ( Wireless Ethernet Compatibility Alliance ). Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar (broadband), titik capaian ( access point ) dan kad Wi-Fi yang diinstal didalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari Internet sama seperti rangkaian LAN biasa.

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN TITIK CAPAIAN ( ACCESS POINT ) ?
Titik capaian adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal didalam komputer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku menerusi spesifikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan komputer tersebut.

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SPESIFIKASI 802.11 ?
802.11 adalah merujuk kepda spesifikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE ( Institute of Electrical and Electronic Engineers ). Teknologi Wi-Fi daikatakan tergolong dalam spesifikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11 Mbps di dalam , jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b dimana kelajuannya lebih pantas.Teknologi 802.11a membenarkan perpidahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga di kenali sebagai Wi-Fi5 oleh WECA.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-FI HOTSPOT ?
Wi-Fi Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas dimana titik capaian di sediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke Internet menerusi isyarat gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi Hotspot boleh di dapati di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utama seperti StarBucks Coffee dan tempat-­tempat tumpuan umum seperti kompleks membeli-belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak sehingga 300 kaki dari lokasi Hotspot tersebut.

ADAKAH BLUETOOTH PESAING WI­Fl ?
Tidak sama sekali. Sebenarnya kedua­duanya adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri. Teknologi Wi-Fi digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia ada, biasanya pada komputer desktop clan notebook manakala Bluetooth pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar. Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologiini mungkin akan terganggu antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz tetapi pada hakikatnya tidak.

Ini berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Bluetooth SIG dan IEEE menerusi teknik AFH (Adaptive Frequency Hopping) yang mendapati bahawa kedua­duanya adalah bebas dari gangguan. Selain daripada itu, terdapat pembuat cip iaitu Cambridge Silicon Radio yang telah membangunkan satu cip yang menggabungkan kedua-dua teknologi ini.

Selain daripada itu, keupayaan audio juga berbeza di antara kedua-dua teknologi ini. Sebagai contoh, Ericsson telah membangunkan telefon mudah alih yang boleh memindahkan audio menerusi teknologi Bluetooth dari telefon ke headset tanpa menggunakan wayar. Sebaliknya dalam teknologi Wi-Fi, keupayaan audio adalah menerusi VOIP ( Voice Over IP ) di mana spesifikasi dan keperluannya adalah sama.seklai berbeza. Ini jelas menunjukkan kedua-dua teknologi ini mempunyai kelebihan masing-masing, mempunyai sasaran tersendiri dan yang lebih penting ialah bukannya bersaing antara satu sama lain. Penggunaan kedua-dua teknologi ini menunjukkan akan kepentingan sistem pautan tanpa wayar dalam dunia digital pada masa kini.

Penggunaan kedua-dua teknologi ini juga boleh dilihat dalam syarikat UPS (United Parcel Service) di mana pengimbas barkod mengimbas kod dengan menggunakan teknologi Bluetooth lalu data-data tersebut dihantar ke titik capaian MAN yang menggunakan teknologi W-Fl untuk dihubungkan ke cawangan-cawangan lain di seluruh dunia.

Kesimpulannya, teknologi pautan tanpa wayar ini (merujuk kepada Bluetooth dan Wi-Fi) memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian. Antaranya:

•     Kita sebagai pengguna boleh membuat kerja dengan melayari Internet di mana­mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang digelar sebagai hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Ini sangat berguna ketika melakukan persembahan sesuatu projek atau laporan perancangan ketika mesyuarat di mana data-data perlu di kongsi dengan staf-staf yang lain.

•     Dengan adanya kedua-dua teknologi ini, ia telah memudahkan mereka yang bekerja secara outstation dan di luar kawasan pejabat misalnya, di hospital dan di gudang.

•     Penggunaan teknologi ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kerja. Ini adalah kerana sesuatu perbincangan atau mesyuarat boleh dilakukan di tempat-tempat santai yang menyediakan sambungan tanpa wayar ini seperti Starbucks Coffee dan Schlotszky Deli.

•     Teknologi Wi-Fi misalnya, menyediakan lebar jalur yang besar, oleh itu perpindahan data dapat di lakukan dengan pantas.


Sumber: Majalah PC    Edisi: Ogos 2006



Tuesday 13 March 2012

DISEBALIK SABAR ITU...........

Pupuklah jiwa dengan kesabaran...yang pasti ia sebenarnya memberi ketenangan.walaupun pada zahirnya terpaksa kita sembunyikan..Belajarlah untuk bersabar..Sesungguhnya orang yang bersabar itu lebih mendapat kepuasan dan nikmat.......... :)
Alhamdulillah..akhirnya,dapat jugak saya masukkan tugasan dalam blog ni.huhhhh.Susah bagi saya yang buta IT ni.hahaha.rasa nak putus asa je..tapi tak boleh berserah macam tu..kita kena usaha..terima kasih kawan-kawan.
MY DOCUMENT 2
MY DOCUMENT1

Monday 12 March 2012

AKTIVITI HARI INI...

Hai semua..saya nak kongsi ini... :)


Lepas je habis kelas asas keusahawanan tadi,saya dan kawan saya,zeti dan fiza pergi mengiringi pelajar tahun 6,Anak-anak Orang Asli dari Cameron Highland..Mereka datang ke UKM kerana ada program / bengkel UPSR..Saya seronok dapat jumpa dengan mereka.Bahasa pertuturan mereka memang sukar difahami.hehehe..Ni adalah sebahagian dari pelajar Orang Asli.Saya sempat mengambil gambar dengan mereka..Saya harap mereka semua seronok datang ke UKM dan mendapat ilmu sepanjang berada di UKM.. :) Sekian...

Friday 9 March 2012

MINGGU YANG MEMENATKAN...
assalamualaikum dan salam sejahtera semua .....
minggu ini saya sibuk sikit..banyak tugasan kot.huhuhu...duit pun banyak keluar..macam-macam saya beli la.Letih sangat ..dan minggu ni tak turun " jogging ".hangat-hangat tahi ayam je saya ni.hihihihi..jumpa lg.bye...

Sunday 4 March 2012

.........SAMSUNG GALAXY (Y)........


hai kawan-kawan..jumpa lagi.....saya dah jumpa telefon yang saya cari.hehehe..kira baru dapat dibeli la , setelah sekian lamanya ,mengiimpikan telefon sebegini..banyak jugak fungsi dalam Samsung Galaxy Y ni tau..Saya beli kat pusanika la,mana lagi kan? huhuhu..Yang ada ''PC FAIR '' tu.huhuhu..

Monday 27 February 2012

JOM KENALI SAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.Nama saya Norafiqah binti Jamil..Panggil je afiqah.Sebenarnya,teringin gak nak dipanggil nama 'nora'..hehehe.perasan je saya ni kan?? :P .Tapi macam artis je nama tu..huhu.Saya anak sulung dari enam adik-beradik.Saya suka senyum dengan orang.huhu.Jadi,kengkawan semua jangan takut nak tegur ea :)


Haaaaa..yang ni pulak orang penting dalam keluarga saya.Kalau mereka tak ada,maka tak ada la saya kan?hehehe.Abah bernama Jamil bin Mardini. Ebu bernama Kartini binti Muslam.Abah saya ni garang orangnya.Masa zaman kanak-kanak,memang saya takut dengan abah.emm 'askar' katakan...hihi.Tapi,sekarang ni dah kuranglah cikit garangnya tu..cikit saja,tak banyak ea.hahaha.Walaupun nampak garang mukanya,dalam hati abah tetap sayang kami.Itu semua cara didikannya pada kami.Ebu saya pula memang seorang yang penyayang dan penyabar.Ebu adalah inspirasi saya..Teringat saya masa dulu,ke mana saja ebu pergi,saya mesti ikut,tak boleh nak berenggang..Saya sangat sayang abah dan mak saya.Mereka segala-galanya bagi saya..


Ni adik yang kedua,Muhammad Norafizam.umur berapa agak-agaknya ea?hehe.Umur dia 19 tahun.Tinggi orangnya,kalah saya tau kawan-kawan.Semua kawan yang kenal adik saya ni cakap,dia abang saya.kadang-kadang tu saya ia kan je.hehehe..Yang tak kenal pulak ingat dia ni 'teman lelaki' saya..memang gelak habis la.hahahaha.


Yang ni pulak,Noraini..anak ke-3...umur 17 tahun.Kat sekolah ambil kos perakaunan,sama dengan sayalah.hihihi.Dia suka subjek mengira, saya pula lebih pada subjek membaca..Kalau saya balik rumah,selalu je bertekak dengan dia,rindu nak bergaduh..hahhaha.dialah satu-satunya adik perempuan saya.


Yang ke-4,Mohd Safiq, 15 tahun..dia rajin orangnya.tolong ebu dan abah.Kadang-kadang tu susah jugaklah nak dengar cakap saya..errr,geram je rasanya,bila dia buat muka.hihihi.Saya selalu usik dia..'Janganlah kau pun tinggi dari aku nanti'..hahaha.


Yang ke-5..Mohd Nor Azhry..13 tahun.Nama dia panjang sikit la.hihi.Nenek yang bagi nama ni tau..Perangai dia ni lain dari adik-adik saya yang lain.Memang susah nak dengar kata. Ada je yang nak dijawab balik.emm sabar jela akaknya..hihihi.


Yang ni paling kecik,ke-6...Mohd Rashidi..11 tahun.Ni yang terakhir agaknya..hahaha.Adik saya ni manja.Emm,,biasalah..nama pun anak bongsu.hihihi.Rajin orangnya dan senang untuk meminta tolong.Kalau saya suruh beli barang je,dialah yang beria-ria tau..tapi dengan syaratlah..mesti kena ada upah..huhu.biasalah tu..Dia minat bersukan,sama macam saya.Mungkin dia nak berlawan kumpul pingat dengan saya agaknya..hehehehe..

Thursday 23 February 2012

Lepas habis kelas statistik pagi tadi terus je keluar teman kawan selesaikan urusan dia..dah x tahu jalan,memang main redah je..alhamdulillah,usaha kami x sia-sia..jumpa jugak tempat tu.memang seronok la pengalaman satu hari ini.hehehe..asyik gelak sendiri je bila fikir-fikir balik  :P